Bagi saya nih sangat berharga ❤

Perasaan rindu nih tak dapat nak ditipu lagi! Kalau lah masa dahulu kala dapat dikembalikan ,aku takkan lepaskan kau .Itu pun "kalau" .Imbas kembali masa dulu'2 kita bersama kan .Masa mula'2 aku tahu kau memang nak permainkan aku .Tapi aku cuba setia dan buat kau sayang kat aku .Dua kali aku nampak kau dating dengan shida dihadapan aku .Hati perempuan diciptakan sangat tabah .Aku hanya mampu melihat dan bersabar .Menangis salah satu melepaskan geram aku nih .Kalau kau nak tahu ,aku cantikkan diri aku dengan kesabaran ,aku terpaksa ikat perut untuk membeli pakaian ,kasut ,make-up ,beg dan itu semua untuk kau .Apa yang aku buat akhirnya menarik perhatian kau .Kau dekat sangat dengan aku .Hari'2 kita dating kan .Hampir setiap hari ,siang malam sampai kita lupa yang kita ada rumah .Aku perasan perubahan kau terhadap aku .Aku pun mula menyayangi kau sepenuh hati aku .Hari tuh kau bagi satu kebenaran yang aku tak dapat terima .Kau cakap kau dah terlanjur dengan kawan rapat aku sendiri .Adik dia kawan baik aku sendiri .Kan aku dah cakap jangan terlalu bebas! Sehari suntuk aku menangis sampai sembab mata nih .Aku tak boleh terima sangat'2 .Hati aku macam kena tenyeh kat jalan tuh .Aku terkup muka nih dengan bantal sebab tak tahan dengan tangisan yang membuak'2 tak nak berhenti .Tersedu'2 bila lepaskan bantal tuh .Merah muka aku .Aku tak boleh terima Riz .Esoknya aku cuba hilangkan kesedihan tuh ,aku hangout dengan Atin .Then aku perasan ada orang follow aku .Dan terus follow .Aku tahu tuh kawan'2 kau .Tapi kenapa follow aku .Rimas aa .Rupanya kau tak nak aku hilang dari pusat Mall tuh .Kau nak jumpa aku .Aku cuba melarikan diri tapi kita bertembung di jejantas kan .Kau minta maaf ,tapi aku buat dekk je .Kau menangis ,betul'2 menangis .Tapi aku masih lagi tersenyum .Kalau lah kau tahu ,aku menahan tangisan itu .Kau tarik aku dari genggaman Atin .Aku confius .Aku tersakiti .Kau jumpa aku di depan rumah aku .Kau minta maaf dan kau bagi satu penjelasan yang tak nyata isinya .Kau menangis lagi .Aku mula simpati dan tak melepaskan kau .Hubungan kita seperti sedia kala .Tapi ,dalam masa yang sama kau ada perempuan simpanan lagi .Kau tak serik .Dalam satu masa kau couple sampai 3 .Apa masalah kau nih?! Aku ,Shida dan dia .Aku mula benci dengan kau dan aku memutuskan terus hubungan nih .Selepas kita clash ,kita ada berjumpa kan .Kau ajak aku jalan'2 kat minyak beku .Time tuh aku rasa kau bodoh sangat! Kau bawa motor laju'2 kat jalan ontheway minyak beku tuh ,then kau suruh aku janji jangan sakiti mak abah aku .Kau tanya ,aku sayang kat kau lagi ke tak? Aku diam ,dan selagi aku tak menjawabnya ,kau bawa motor tuh laju'2 .Aku takut sangat time tuh .Aku ingat mati ,mak abah aku ,orang yang aku sayang sampai mengalirkan air mata .Kau bodoh! Aku terlepas cakap yang aku masih sayang kat kau .Bodoh bodoh! Tradegi tuh masih dalam ingatan aku lagi Riz .Masalah kau ,kau selalu sakiti hati orang yang kau sayang .Masalah aku ,aku selalu sayang orang yang menyakiti aku .Walaupun bodohnya aku lepaskan kau ,tapi itu yang terbaik untuk kau dengan shida .Aku lepaskan kau untuk dia ,dan aku tahu aku tak relakannya .Aku tahu kenapa kau pergi Singapore ,sebab family kau tak sukakan aku .Riz ,bila aku tengok gambar pasport yang kau bagi sebelum kau pergi singapore .Aku menangis tanpa dipaksa .Bodohnya kau ,bagi text kat Shida yang kau sayangkan aku lagi .Kau tahu tak tuh boleh mencetuskan pergaduhan! Anything else ,buaian music yang kau bagi time birthday ke15 tahun aku kan ,aku simpan lagi .Kau paksa aku suruh buang semua tuh ,tapi aku tak boleh .Aku tak tahu kenapa .Aku tahu kenapa kau block aku kat facebook .Kau benci sangat'2 tengok relationship aku dengan Ajey .Tapi aku lagi benci tengok relationship kau dengan Shida .Hapuskan lah perasaan nih .Aku rindu kau ,Riz :(